Jumaat malam Sabtu, 9 Julai 2010 bersamaan 27 Rejab 1431 dengan bantuan anak bongsu Shairah, blog ini dibangunkan. Ianya hanya sekadar suka-suka sahaja. Bagaimanapun anak tanya apa yang ayah nak tulis dalam blog ini. Jawapan yang biasa di berikan.... ntah, takde apa-apa saje suka-suka...
Apa yang nak di isikan dalam blog ni yee... Biasanya blog merupakan forum mendedahkan berita sensasi khususnya politik. Blog menjadi ruang kepada bloggers mengaibkan seseorang...komen-komen mereka yang melayarinya sampai tahap melampau batasan.
Bagaimanapun banyak juga blog yang mengandungi maklumat dan pengetahuan yang berguna. Blog yang berkonsepkan Islam adalah yang terbaik. Perkembangan ICT, dasar langit terbuka dan capaian maklumat di hujung jari harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Ianya menjadi medan untuk kita menyumbang sesuatu yang memberi faedah, menyampaikan maklumat yang berguna dan ilmu yang dapat di amalkan oleh pembaca.
Jadi apa yang nak ditulis dalam blog ini...? Entahlah....harap-harap ianya kelak dapat memberi manfaat kepada semua...INSYAALLAH...WALLAHUALAM...
Teruskan Pak Teh... apa saja pun tak pe ... jadikan catatan peribadi, lebih lama lebih bernilai ...
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan /puan.sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..jenis pekerjaan sy..sambung rumah.pasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,grill,owning,landskap dan kolam hiasan,vinyl floor dan wall paper. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,cheras,semenyih,puchong dan kl, hubungi sy amir di no 0192945175 atau wssp sy 01129110298
ReplyDelete